a) saintifik kontemporari yang terdapat di dalam al-Qur’an menerusi

a)      Tajuk kajian
yang dicadangkan ialah ‘Development of an Android Application Based on
Quranic Verses Related to Fasting and Fidyah’ yang mana kajian ini akan membahaskan mengenai isu berkaitan dengan
puasa dan fidyah yang merangkumi dua disiplin ilmu yang berbeza iaitu
kajian penafsiran ayat al-Qur’an berdasarkan elemen saintifik dan kajian
berkaitan dengan teknologi media melalui pembinaan aplikasi Android.

b)      Melihatkan kepada perkembangan
intelektual dan disiplin ilmu semasa, fenomena implementasi pemikiran saintifik
dalam pentafsiran al-Qur’an semakin mendapat perhatian pelbagai pihak dengan
tumpuan perbincangan terarah kepada
memahami al-Qur’an berdasarkan fakta dan penemuan saintifik. Walau bagaimanapun,
situasi ketara pada hari ini memperlihatkan kelemahan umat Islam memanfaatkan
kemajuan sains dan teknologi dalam memahami ayat dan isharat teks
al-Qur’an. Justeru, refleksi daripada senario tersebut, kajian ini bertujuan menganalisis pandangan ulama’ Islam dan konsep elemen
saintifik kontemporari yang terdapat di dalam al-Qur’an menerusi analisis
ayat-ayat terpilih iaitu ayat-ayat berkaitan dengan puasa dan fidyah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

c)      Berdasarkan
analisis elemen saintifik al-Qur’an menerusi ayat-ayat terpilih yang berkaitan
dengan puasa dan fidyah menunjukkan bahawa terdapat permasalahan ketara
umat Islam terutamanya dalam kalangan wanita yang menghidapi masalah tertentu
yang menyebabkan kesukaran untuk mereka menjalani ibadah khususnya ibadah
puasa. Justeru, kajian dalam bidang penyelidikan ini menerapkan integrasi ilmu
Naqli dan Aqli yang membawa kepada pembangunan aplikasi Android yang mana ia
didasari oleh analisis ayat al-Qur’an berkaitan yang mana ia memberi solusi
terhadap isu sosial terpilih melalui idea yang dikemukakan dalam pentafsiran
ayat al-Qur’an tersebut. Ini membuktikan bahawa pemahaman elemen saintifik
al-Qur’an memberikan kaedah terbaik dalam mendepani dan memahami sesuatu isu.
Selain itu, perincian dan analisis ayat al-Qur’an dalam dua bidang kajian
berbeza pada analisis elemen saintifik menyerlakan keagungan al-Qur’an dalam
aspek teks dan konteks serta funsional. Hal ini akan memberi lebih kefahaman
dan menjadi keperluan kepada pengguna telefon pintar untuk menggunakan aplikasi
ini berdasarkan penelitian bukti sains yang komprehensif dan membuktikan
kandungan al-Qur’an itu sendiri.   

d)      Penemuan-penemuan
ini bukan sekadar menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an itu sendiri malah secara
tidak langsung ia memberikan nilai tambah pada penghuraian dan perluasan makna
kalimah al-Qur’an.

x

Hi!
I'm Owen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out