1. juga berlaku pembaziran tenaga manusia. Hal ini adalah

1. PENDAHULUAN

Program
Transformasi 15 to 5 Armada TLDM merupakan satu tindakan berani pucuk pimpinan
TLDM dalam mencapai kesiagaan yang tinggi walaupun dalam keadaan ekonomi yang
tidak stabil. Transformasi 15 to 5 ialah satu potential threat kepada negara serantau. Penggunaan 5 Skuadron
Kapal yang diperkenalkan adalah pendekatan inovasi yang realistik moden dan
menyokong polisi pertahanan negara. Justeru, TLDM akan menerokai, membangun,
menguji dan mengguna pakai konsep dan teknologi terkini sebagai kerangka untuk
transformasi apabila berurusan dengan keupayaan Sistem Pertahanan Maritim masa
depan. Walaupun pemerintah tertinggi mengaku kewangan, khususnya ketika
kegawatan ekonomi menjadi kekangan utama bagi pasukan menukar aset lama kepada
baru dan meningkatkan teknologi, tetapi ia bukanlah alasan kepada TLDM untuk
tidak meningkatkan kesiapsiagaan, sebaliknya menghadapi cabaran itu dengan
memastikan aset sedia ada dioperasikan secara optimum menerusi perancangan,
budaya penyelenggaraan rapi serta latihan berterusan bagi mempersiapkan warga
TLDM yang berkemahiran tinggi mengendalikan aset sedia ada, mahupun yang bakal
diperoleh. Justeru itu, pembangunan keupayaan warga tentera laut berkualiti
menjadi satu agenda utama TLDM. Pengumuman oleh pucuk pimpinan tertinggi
mengenai Transformasi 15 to 5 menjadi penanda aras kepada warga TLDM keseluruhannya.
Ini adalah satu wawasan daripada Panglima Tentera Laut (PTL) yang akan membawa
perubahan besar dalam pentadbiran TLDM. Tindakan berani ini dijangka akan
memberi perubahan dari semua aspek dalam organisasi pemerintahan pertahanan
negara. Perubahan yang paling ketara ialah tindak balas pemimpin tertinggi TLDM
untuk merealisalikan langkah penjimatan yang disarankan oleh kerajaan Malaysia
buat masa kini. Transformasi yang diperkenalkan oleh PTL akan dapat memberi
penjimatan dalam semua aspek, terutama penjimatan dalam aspek kos senggaraan.
Aset-aset yang sedia ada memerlukan kos senggaraan yang tinggi memandangkan
kekerapan aset-aset ini mengalami kerosakan setiap kali kembali daripada
operasi atau penugasan. Disamping itu juga, aset-aset yang lama ini memerlukan
kos pengoperasian yang amat tinggi. Disini bukan sahaja berlakunya pembaziran
dari segi kos sahaja, namun ianya juga berlaku pembaziran tenaga manusia. Hal
ini adalah kerana aset-aset yang sedia ada ini memerlukan perhatian yang lebih dan
amat sensitif. Ia memerlukan anggota yang lebih ramai. Namun dengan
transformasi ini, ia akan meminimumkan penggunaan tenaga manusia dalam
pengoperasian.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

2. TUJUAN

            Program
Transformasi 15 to 5 dilihat sebagai satu langkah progresif TLDM dalam
membentuk semula angkatan laut negara kita dengan penyelarasan dan penyusunan
semula armada. Rangkaan masa depan TLDM memperlihatkan streamlining of fleet dan peningkatan tahap pelbagai guna pada satu
jenis platform. Dalam
rangkaan ini kita bakal melihat tunjang utama angkatan laut kita akan tertumpu
pada LCS serta NGPV yang mana ia akan melengkapi keperluan peperangan 4 dimensi
yang bakal dihadapi TLDM di masa depan. Area
air defence dilihat sangat kritikal dalam senario serantau yang
memperlihatkan armada terdedah kepada ancaman stand off weapon dari pesawat tempur dan pesawat pengembom1.
Dibawah program ini tidak hanya berlaku perubahan kepada asset-aset perkapalan
sahaja malah melibatkan keseluruha insfrastruktur TLDM. Seharusnya setiap
anggota TLDM perlu tahu dan faham mengenai Program Transformasi 15 to yang
Panglima Tentera Laut perkenalkan ini.

 

3. PERBINCANGAN                      

Cabaran untuk TLDM
mentransformasikan daya pemikiran navy people ke arah pemikiran
bertaraf dunia sejajar dengan wawasan TLDM untuk mencapai status World
Class Navy. Transformasi 15 to 5 juga akan melahirkan tenaga mahir dari
kalangan anggota TLDM itu sendiri, ini akan dapat direalisasikan dengan
menghantar anggota keluar negara untuk menjalani latihan dan seterusnya anggota
yang telah diberi latihan di luar negara ini akan melatih anggota yang bakal
mengisi perjawatan di kapal-kapal yang baru ini kelak. Disamping itu juga
kapal-kapal baru ini dibina di dalam negara kita sendiri dan mengguna kepakaran
tempatan. Ini semua jelas dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kita
dengan tenaga pakar asing. Jelas disini kebergantungan TLDM kepada kepakaran
asing akan dapat diatasi. Disamping itu akan melahirkan pakar-pakar tempatan
yang mampu membina kapal-kapal perang dan sistem mengikut acuan kita sendiri. Usaha
ini akan menjadi kenyataan kerana kita sendiri telah mempunyai pusat latihan seperti
KD PELANDOK (KDP) dan KDSI 1 yang juga telah mencipta sejarah mereka yang
tersendiri  apabila diiktiraf sebagai Institut Latihan Maritim (ILM) oleh
Jabatan Laut Malaysia.  Pengiktirafan kepada KDP yang merupakan Pusat
Latihan bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM dan KDSI 1 adalah Pusat
Latihan bagi Pegawai-pegawai TLDM.2                      

Seterusnya kesan
positifnya ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan
mengurus disini merangkumi semua aspek termasuklah perbelanjaan pemantauan
pembinaan kapal, sekiranya pembinaan kapal dibuat dalam negara, ini akan
mengurangkan pengaliran wang keluar negara. Pergerakan anggota yang memantau
pembinaan hanya dalam negara. Pemantauan pun akan dapat dilakukan dengan lebih
sistematik dan berterusan. Sekiranya pembinaan kapal-kapal terus dilakukan
diluar negara, ini akan memberi lebih cabaran kepada pihak pengurusan, banyak
kos mengurus yang pihak kerajaan perlu sediakan dan kekangan lain juga akan
timbul. Penyusunan semula armada juga dilihat akan meningkatkan motivasi semua
warga TLDM khususnya masyarakat setempat amnya. Usaha Pemimpin Tertinggi TLDM ingin menjadikan
TLDM sebuah organisasi pertahanan maritim yang terunggul di rantau ini dan
kelihatan tidak putus asa untuk terus merancang dan memantapkan struktur
organisasinya walaupun dalam suasana perolehan aset tempur yang agak perlahan.  Dengan
struktur organisasi pemerintahan seperti mana yang ada pada hari ini, TLDM
dijangka tidak mempunyai masalah untuk tampil sebagai sebuah angkatan laut yang
kredibel di rantau ini, jika kerajaan bersedia membeli lebih banyak lagi aset-aset
tempur dan persenjataan yang diperlukan oleh TLDM dalam usaha mengukuhkan
pertahanan di wilayah-wilayah laut yang dipertanggungjawabkan. Pengwujudan markas-markas
pemerintahan yang baharu dijangka memberi ruang yang cukup luas kepada
pemerintahan TLDM di peringkat tertinggi dan di peringkat markas memerhati dan
mengawal permasalahan dan keperluan yang boleh mengganggu hala tuju serta
kelicinan proses ke arah pengeluaran produk perkhidmatan yang terbaik kepada
ketenteraman negara.  Namun demikian, jika tiada perolehan ketara
bagi menampung kekurangan yang sedang berlaku dalam flotila-flotila maka
struktur yang kelihatan mapan ini mungkin akan kelihatan cantik di peringkat
pentadbiran sahaja sedangkan tugas hakiki TLDM dalam menguatkuasakan pertahanan
maritim tidak berada di tahap sebenar.                           

Faktor politik dalaman dan geopolitik rantauan turut memberi
kesan kepada pelaksanaannnya. Tatkala ramai risau dengan kedudukan China di
Laut China Selatan, Malaysia telah membeli kapal permukaan daripada negara tersebut
untuk memenuhi aspirasi 15 To 5. Ini suatu langkah menyongsang berbanding
negara ASEAN lain seperi Vietnam dan Filipina yang berkonfrontasi dengan kuasa
besar Asia itu.  Apakah pembelian ini mampu meredakan tindakan provokatif
China terhadap perairan negara seperti yang berlaku di Beting Patinggi Ali
(South Luconia Shoals) dan Beting Serupai (James Shoals). Kerajaan tidak harus memandang
ringan tentang keperluan TLDM ini yang mana dengan penurunan taraf ini , Flotila
Serang yang sudah sedia ada kekurangan pelantar penggempur, maka ia akan
menjadi bertambah kurang dan tiada bersengat lagi. Apa tindakan yang perlu
kerajaan ambil ialah bukan sahaja menggantikan pelantar yang terlibat malah
kerajaan perlu menambah beberapa skuadron lagi yang bersaiz FAC M dan LCS bagi
menampung kekurangan di posisi  serangan yang hanya berbaki 10 buah
pelantar sahaja lagi.  Angka ini tentunya sangat jauh dari angka mencukupi
bagi mengekang provokasi dan pencerobohan berbanding keluasan kawasan
tanggungjawab yang harus dipikul oleh TLDM. Perkembangan semasa krisis di
Perairan  Timur Sabah telah memaksa sebahagian aset dipaksa berhijrah
untuk mengekang ancaman yang bersifat kemungkinan serangan akan berlaku dan
aktiviti penculikan dan perlanunan yang semakin agresif atas dasar balas dendam
sekali gus menjadi satu sumber ekonomi yang lumayan bagi penceroboh dalam
‘perniagaan’ tebusan. Ini faktor mengapa aset akan diatur gerak ke Sabah bagi
memagari setiap jalan laut yang
dikira tersangat luas berbanding jumlah aset maritim penguatkuasa yang
ada.  Bagaimana jika dalam masa yang sama Perairan Semenanjung juga
menerima ancaman? Apakah dengan 10 buah pelantar dari flotila Serang yang
berbaki mampu bertahan? Imaginasi yang sangat menakutkan jika negara tiba-tiba
terjebak dengn kancah peperangan. Mungkin juga atas alasan semua ini mengapa PTL
merasa gusar dan timbulnya buah fikiran dalam melahirkan cetusan idea Transformasi 15 to 5 ini. Ekoran daripada itu juga, kerajaan juga telah meluluskan
melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk Armada TLDM dipecahkan kepada dua
yang mana pemerintahan Armada Barat di Lumut dan Pemerintahan Armada Timur
terletak di Kota Kinabalu.
Lima kelas kapal yang bakal mengisi armada TLDM adalah :

1) Kelas LCS (Littoral Combat Ship).
2) Kelas NGPV (New Generation Patrol Vessel).
3) Kelas LMS (Littoral Mission Ships).
4) Kelas MRSS (Multi-Role Support Ship).
5) Kelas Kapal Selam.

Dibawah program ini, kapal latihan bakal menjadi kapal
pertama ditamatkan perkhidmatan. Kapal kelas Laksamana yang akan menyusul
selepas itu. Perlucutan perkhidmatan kelas Laksamana akan dibuat satu demi satu
seiring dengan kemasukkan satu persatu kapal kelas LMS. Begitu dengan nasib Kapal
Penyapu Ranjau (Mines Counter-Measure
Vessels). Giliran penamatan tauliah dibuat berdasarkan faktor jumlah
hari berada di laut dan kos penyelenggaraan sesebuah kapal. Sebanyak 18 buah LMS akan menggantikan beberapa kelas kapal
dalam TLDM. LMS ini bakal melaksanakan tugasan rondaan, kawalan sempadan dan
seumpamanya. Oleh kerana memiliki bilangan kapal terbanyak, sudah pasti kos
pembinaan, penyelenggaraan dan operasi LMS akan dipastikan terendah. Selain
daripada kelas LMS, kelas MRSS turut menikmati kapal-kapal baru dengan
penggantian sepenuhnya KD SRI INDERA SAKTI dan KD MAHAWANGSA. Tiga lagi kelas
akan menerima tambahan daripada jenis NGPV kapal yang sedia ada. Projek terkini
TLDM, LCS kini sedang dibina di limbungan Boustead Heavy Industries Corporation
(BHIC), Lumut Perak. Sebagai kapal tempur permukaan tercanggih, TLDM merancang
menambah 6 buah lagi LCS tidak termasuk 6 buah yang sedang dan akan dibina. LCS
ini dibina berasaskan Kapal Korvet Kelas Gowind. Sebagai aset tempur bawah permukaan ternyata 2 buah
Scorpene tidak mampu meliputi keluasan perairan negara yang luas. Oleh itu TLDM
merancang menambah 2 buah lagi Scorpene. Mungkin antara kelas terakhir yang
akan melengkapkan transformasi ini. Bukanlah rahsia kehadiran kapal selam mampu
menggentarkan mana-mana armada laut walaupun dibarisi oleh Kapal Pengangkut
Pesawat (Aircraft Carrier), Kapal
Pemusnah (Destroyer) mahupun Kapal
Selam Penyerang (Attack Submarine).   Pelucutan tauliah kapal-kapal ini adalah
salah satu pendekatan penjimatan yang dilakukan bagi menukarkan kos senggaraan
bagi kapal-kapal ini kepada untuk membiayai kos pembinaan kapal-kapal baru yang
akan mengganti tempat kapal-kapal yang telah dilucutkan tauliah. Langkah bijak
ini dilakukan memandangkan kos senggaraan dan kos operasi bagi kapal-kapal ini
amat tinggi dan membebankan pihak kerajaan. Dengan lahirnya Transformasi 15 to
5 yang di perkenalkan oleh Panglima Tentera Laut merupakan satu langkah bijak
dari PTL dalam menyahut cabaran Kerajaan Malaysia untuk langkah penjimatan
dalam menguruskan dan mentadbir aset-aset TLDM.                                        

Walau
bagaimanapun, Transformasi 15 to 5 yang di perkenalkan oleh PTL tidak hanya
tertumpu kepada transformasi kapal-kapal sahaja, namun akan membawa kepada
perubahan insfrastruktur yang lain. Sebagai contoh tiga projek pembangunan
prasarana telah disiapkan melibatkan Kompleks Kolej TLDM (KDSI1) yang
berpangkalan di Lumut, Projek Pembangunan KD SRI SANDAKAN Fasa 3 dan Projek
Peningkatan Jeti Operasi di Lumut. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah keluarga
juga turut dibina di pangkalan-pangkalan bagi memenuhi permintaan begitu tinggi
terutamanya di pangkalan TLDM Malaysia Timur. Dengan penyusunan semula armada,
akan lebih banyak kapal-kapal akan diatur gerak ke kawasan Malaysia Timur bagi
menampung keperluan operasi. Ekoran daripada itu akan lebih banyak permintaan
rumah keluarga yang akan diperlukan oleh anggota. Justeru, pelbagai cara dan
pendekatan telah dilaksanakan mengikut kesesuaian tertentu dari masa ke semasa
berdasarkan keupayaan kepimpinan atasan. Era mutakhir, Navy Plan telah
diperkenalkan sebagai mekanisma mengukur prestasi pengurusan navy
people dengan menggariskan objektif-objektif strategik dan pengukuran
terhadap sasaran penting bagi menentukan TLDM berupaya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Anggota dan pegawai TLDM adalah
manusia biasa mempunyai keluarga dan fitrah kehidupan seperti manusia biasa. 
Datang dari pelbagai negeri, bangsa, etnik, anutan agama, budaya dan adat resam
yang pelbagai sesuai dengan kemajmukan penduduk Malaysia. Mereka berhimpun
dalam kelompok yang besar menjadi satu keluarga navy people dan
membentuk sub- budaya yang unik yang menjadi amalan dalam kalangan
mereka.  Sub-budaya yang wujud dalam profesional ketenteraan umumnya
bukanlah disasarkan untuk membunuh atau dibunuh semata-mata tetapi proses untuk
mencapai visi dan misi mungkin terpaksa menghadapi sesuatu yang lebih kompleks.3

           

4.
KESIMPULAN

Kesimpulan
dari perbincangan di atas, TLDM dan Navy People adalah
identiti yang jelas terbentuk dari suatu kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat
Malaysia semasa negara masih di bawah penjajahan Kolonial dan berhadapan dengan
tentera Indonesia semasa kancah konfrontasi yang menceroboh melalui sungai dan
laut. Laluan Selat Melaka di antara laluan tersibuk di dunia sebagai laluan
perdagangan antarabangsa  yang memerlukan pemantauan yang tinggi dari
ancaman perlanunan di mana TLDM telah berjaya mengekang kegiatan tersebut dari
berleluasa. Menabur bakti di perbatasan GSP dan AMBALAT demi sebuah kedaulatan
dengan mempertaruhkan nyawa tanpa gentar.  TLDM terus mara mencipta nama
mempersiapkan armada dan sahsiah warganya seiring menongkah arus kemodenan
bersama. Program
Transformasi 15 to 5 Armada TLDM adalah pendekatan padu dalam memastikan
keupayaan Armada TLDM lebih efektif. Transformasi ini akan membolehkan TLDM
mempunyai armada yang berkeupayaan untuk terus berdaya tahan dari segi kos
penyelenggaraan dan penjimatan kos operasi yang kian tinggi disamping melahirkan
tenaga mahir dari kalangan warga TLDM itu sendiri dalam memacu ke arah
pengurusan logistik yang lebih baik dan mengikut acuan kita sendiri.4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

1. https://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2016/03/15

2. http://min-def.blogspot.com/2012/05 – Minda
Pertahanan

3. http://min-def.blogspot.com/2012/05 – Minda Pertahanan

4. http://min-def.blogspot.com/2012/05 – Minda
Pertahanan

1 https://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2016/03/15

2 http://min-def.blogspot.com/2012/05 – Minda
Pertahanan

3 http://min-def.blogspot.com/2012/05 – Minda
Pertahanan

4 http://min-def.blogspot.com/2012/05 – Minda
Pertahanan

x

Hi!
I'm Owen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out